CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

penerang ati

Showing posts with label politik rumah panjai. Show all posts
Showing posts with label politik rumah panjai. Show all posts

Tuesday, February 23, 2010

Secawan Kopi


Dua tiga hari ni, teman menonton berita. Heboh mengatakan PM datang ke Sarawak. Apa yang lebih menarik perhatian teman adalah kedatang PM ke rumah panjang Iban di satu dua bahagian. Antara yang dikunjungi adalah rumah panjang di kawasan Saratok, Limbang, Kuching dan yang terakhir adalah Kanowit.

Bangga juga hati teman dengan kunjungan PM kita yang berani datang ke rumah panjang melihat kesulitan yang dihadapi oleh rakyat. Bagi teman itu satu percubaan yang berani, kerana bukan semua orang berani datang ke rumah panjang, walaupun pada hakikaitnya bangsa teman(Iban) tidak lah seteruk mana pun. Namun stigma sesetengah masyarakat yang selalu memandang rendah bangsa teman menyebabkan martabat bangsa teman tercemar.

Apa yang dikhabarkan, kunjungan PM tersebut adalah untuk menyampaikan bantuan bekalan elektrik dan bekalan air bersih. Tersenyum juga teman melihat telatah ada pak cik dan mak cik yang ditemu ramah oleh wartawan begitu bersemangat memberi ulasan di kaca televisyen.

Dalam-dalam gembira hati teman, tidak dapat disembunyikan juga kesedihan, rasa kecewa dan terkilan. Kunjungan tersebut tidak menyeluruh. Terdapat lagi satu kawasan yang jauh terpencil, tersorok dan pedalaman. Iaitu tempat kelahiran teman, Bahagian Kapit. Jangankan elektrik dan air, jalan raya pun tiada di tanah gersang tersebut. Kawasan itu sudah lama dahagakan pembangunan. Kalau punca muka bumi yang menghalang. Kenapa di tempat tertentu jalan raya boleh dibina bertingkat-tingkat sedangkan membuat jambatan untuk menyeberangi sungai sahaja sudah tidak mampu di sana. Kalau bukit puncanya? Kenapa pula boleh digerudi dan ditebuk bukit bukau dijadikan trowong sedangakan untuk meratakan anak bukit di sana sudah tidak mampu. Sebagai anak jati Kapit, teman wajar dan berhak rasa cemburu dengan pembangunan yang dikecapi oleh tempat-tempat lain.

Kepada orang-orang tertentu, jalankan lah tugasan anda. Tidakkah anda rasa bersalah menghampakan harapan rakyat yang hanya bersandar kepada anda. PM sendiri telah beberapa kali memberi peringatan kepada orang-orang seperti anda agar amanah dalam menjalankan kewajiban dan tanggungjawab. Satu harapan teman, agar pembangunan seimbang rakyat didahulukan pencapaian diutamakan harus dipertajamkan lagi. Jika teman tidak dapat mengecapi pembangunan tersebut, diharapkan anak cucu teman masih sempat. Asalkan rakyat di sana dapat merasakan pembangunan yang dirasakan oleh rakyat Malaysia yang lain, teman sudah bersyukur. Semoga....

Sunday, April 5, 2009


Meri besai tabi basa ngagai Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak laban udah mujur nyadi P.M menua kitai ke-6. Najib udah dipaduka seluruh rayat menua Malaysia nyadi P.M nganti Tun Abdullah Badawi. Pengudah ngagkat sumpah ba mua Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ba Istana Negara ari lima(3 April 2009) Najib sah nyadi P.M menua kitai. Najib tu siku ari anak P.M menua kitai ti ya kedua suba, Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Kelimpah ari nyadi P.M, Najib mega nyadi Menteri Kewangan 1 menua kitai. Sebedau tu Najib mangku pengawa Menteri Pertahanan tang diatu udah betukar enggau Abdullah Badawi.



Sepemanjai Najib udah nyadi menteri, iya kala mangku pengawa ba menua kitai baka dibaru tu:


1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan
1981-1982 - Timbalan Menteri Kewangan
1982-1986 - Menteri Besar Pahang
1986-1987 - Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan
1990-1995, 1999-2008 - Menteri Pertahanan
1995-1999 - Menteri Pendidikan


Enggau pengalaman ti udah dulih ya ngelama tu, kitai patut andal ati ngagai iya. Ngarap ke Najib ulih terus nyeliah ke menua kitai ari sebarang penyarut nitih ke bala pemesai sebedau tu.