CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

penerang ati

Tuesday, January 12, 2010

Pelayaran sang kupu-kupu


Hadirnya sepi.. menyapa diri..
Ke mana hilangnya bicara, pohonan rimba biara dunia..
Hilang sudah titisan embun yang dahulunya tidak pernah gagal membasahi bumi..
Di mana silapnya sehingga terpisah sudah sepasang sayap yang dahulunya terbang bersama..
Sang kupu-kupu tidak mengerti..
Disangka ia sudah tahu, selok belok permainanan yang sedang ia layari..
Namun, kini ia sedar, telah ia pelajari..
Tidakkan segalanya kekal seperti dahulu, seperti impian kalbu..
Jika bumi itu berputar, tidak kan kekal di posisinya sehingga sampai hari penentuan tiba..
Mana mungkin air tidak kan bergocak, kerana pasang surut itu bertukar ganti sentiasa..
Ia kini sedar.. bukan mudah untuk menjadi seekor kupu-kupu di dalam pelukan rimba yang fana...
Perlu diteguhkan diri untuk terbang biarpun tiada lagi teman bersama..
Kerana ia pasti...
Sang pemujanya setia berdiri menanti di sini
Kerana ia tahu...
Sang pemujanya tetap bersama meski dalam hayat seterusnya...
Sang pemujanya sanggup memaafkan kesilapan lalunya...
Asalkan ia berjanji tidak akan mengulangi segalanya lagi

4 comments:

Jenny said...

puja kupu-kupu ?

jenikol said...

saya pemujanya... haha

Unknown said...

Amat jiwang ga aki tu. Nggai ga lg ku ngasuh nyadi sasterawan. Ha3..

jenikol said...

empai cukup penemu aku asuh nuan nyadi sasterawan uchu jusupin jalin.... haha