CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

penerang ati

Tuesday, February 23, 2010

Akur



Pasrah... hanya itu yang mampu teman ungkapkan bagi menggambarkan situasi yang sedang teman hadapi sekarang. Teman mengharapkan teman sepertinya hadir dalam hidup teman. Menghiasi hidup teman. Bersama-sama dengan teman melakar pelangi impian yang tak pasti. Teman tidak pernah berharap dia akan berlalu. Namun jika itu juga jalan pilihanya teman akur.

Teman telah mencuba yang terbaik. Teman telah berusaha. Namun, dia masih takut. Takut akan bayang-bayang sendiri. Bayang-bayang yang sentiasa menghantui. Teman pasrah padamu Tuhan, kerana membiarkan kami lambat bersua. Andai dapat diputarkan masa ini, teman mahu mengubah segalanya. Teman mahu memiliki hatinya dari awal dulu sehingga akhir hayat. Hanya satu. Tiada dua atau tiga.

Teman pasrah atas segalanya. Tidak semua perkara akan berlaku seperti yang kita impikan. Kita juga tidak akan dapat semua yang kita yang kita inginkan. Segalanya sudah ditetapkan. Teman tidak mampu berbuat apa-apa. Teman akan pergi jauh-jauh buat seketika. Membiarkan dia mencari ketenangan. Andai dia memang untuk teman, akan bersatu jua akhirnya nanti.

Sekarang teman tahu tahap diri teman dalam menghadapi kemelut ini. Rupanya teman seorang yang amat lemah. Dan teman juga sedar siapa diri teman.... Walau bagaimanapun, teman akan terus mencuba. Teman tidak akan patah hati. Teman akan terus berusaha selagi diberi peluang. Teman harus berani. Harus yakin pada diri! Kerana itulah teman yang sebenarnya, bukan seorang yang mudah putus asa.Teman bukan pengecut! Teman akan cuba membimbingnya menghadapi ketakutan bayang-bayang tersebut, kerana niat teman memang ikhlas.

0 comments: