CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

penerang ati

Saturday, February 13, 2010

Valentine's Day


Tahun ini agak istemewa, perayaanTahun Baru Cina jatuh pada hari kekasih. Buat pertama kalinya, umur teman dah mencecah 24 tahun. Tahun ini teman mengenali Valentine' Day. Seseorang telah memperkenalkan kepada teman. Orang tersebut telah membawa teman mengerti akan indahnya dunia percintaan. Namun, teman jadi hampa... dia telah meninggalkan teman di persimpangan. Menyebabkan teman terpingga-pingga. Saat teman benar-benar mahu menyayanginya. Ketika teman memerlukan dia, tetapi dia sudah tiada. Teman hanya pasrah. Semua persedia yang teman telah buat sepertinya tiada bermakna lagi. Teman masih di sini. Meratapi kesunyian. Teman akan cuba meneruskan hidup ini tanpa dia di sisi. Teman akan kembali kepada hidup teman yang dahulu, sebelum kehadiran dia. Walaupun sukar, akan teman hadapi. Yang lebih menyedihkan, bunga rose yang teman ingin persembahkan kepada dia, kini sudah layu. Menjelang jam 12 malam nanti, teman akan campakkan rose itu ke dalam tong sampah. Semoga dia bahagia selalu. Sedikitpun teman tidak menaruh dendam terhadap dia. Teman tumpang gembira jika dia bahagia. Happy Valentine' Day kepada semua.

0 comments: