CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

penerang ati

Monday, March 15, 2010

Congratulation Lee Chong Wee

Kenichi Tago

Lee Chong Wei
Tahniah diucapkan kepada pemain badminton no 1 negara, Datuk Lee Chong Wei atas kejayaan beliau memenangi kejuaraan terbuka All England. Chong Wei menentang wakil dari Jepun, Kenichi Tago pada perlawanan akhir. Kejayaan Chong Wei bagi teman secara langsung dapat menutup mulut pengkritik-pengkritik media tanah air yang selama ini seringkali mempertikaikan status gelaran permain no 1 dunia yang dipegang oleh Chong Wei. All England merupakan siri badminton tertua di dunia yang kini berusia 100 tahun. Sepanjang diperkenalkan All England telah dihentikan sebanyak 2 kali iaitu pada Perang Dunia pertama selama 5 tahun, Perang Dunia ke2 selama 7 tahun. Semua pemain badminton handalan dunia sememangnya mengidamkan gelaran All England ini, dan Lee Chong Wei telah memahat namanya sebagai salah seorang pemenang gelaran tersebut. Kejayaan ini juga membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa beliau mampu mengatasi tekanan yang disandarkan pada bahunya selama ini.

Apa yang menarik, yang mahu dikongsikan oleh teman di sini selain daripada kejayaan Datuk Lee Chong Wei merangkul kejuaraan All England ini adalah kejayaan Kenichi Tago melangkah ke perlawanan akhir. Pemain Jepun ini baru berusia 20 tahun tetapi sudah cukup mempunyai kemahiran dan corak permainan yang amat menarik sehingga memaksa Lee Chong Wei berkerja keras. Kenichi Tago telah banyak membuat kejutan kepada permain-permain ternama termasuk Bao Chunlai pemain dari China. Berdasarkan pemerhatian teman dalam perlawanan akhir tersebut, Kenichi Tago tewas kepada Lee Chong Wei kerana kekurangan pengalaman. Anak muda dari Jepun ini harus diberi perhatian kerana dia mampu menggegar dunia suatu hari nanti. Apa-apa pun, tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei. Kejayaan beliau, kejayaan Satu Malaysia.

0 comments: