CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

penerang ati

Thursday, April 15, 2010

Kaki Pancing



Bagi sesetengah orang, memancing adalah suatu kerja bodoh dan gila. Bepanas, membiarkan darah disedut nyamuk semata-mata untuk mendapatkan ikan. Itu belum kira lagi yang turun memancing jam 8pm dan balik ke rumah pada jam 5am dengan tangan kosong. Gila tak gila? Sehingga ada pepatah yang mengatakan 'jangan jadi pengail yang sentiasa menunggu, jadilah pemburu yang sentiasa mencari'.



Lain orang lain cara, lain manusia lain gaya, lain hati lain tuanya. Bagi yang tidak memahami, hobi ini mungkin dianggap bodoh dan sia-sia sahaja. Nak makan ikan, di pasar2 ikan mudah didapatkan dengan harga yang murah lagi. Namun itu pandangan golongan bijak pandai yang menyatakan banyak lagi kerja yang berfaedah boleh diisi daripada memancing. Cukup pandai dan bijakkah anda? Adakah orang yang memancing ini semuanya dunggu dan bodoh?



Bagi teman, memancing memberikan kepuasanya yang tersendiri. Memancing menguji kesabaran dan hanya mereka yang sabar sahaja layak memiliki hobi ini. Bagi teman, baik memburu, memancing, menjala atau apa sahaja, itu adalah hobi teman. Sesiapa yang tidak mahu berteman dengan teman kerana hobi teman itu, terserahlah. Teman masih mampu memburu seoarang diri, masih boleh memancing tak berteman, menjala tanpa kawan dan berjalan berseorangan. Apa2 pun, jom kita saksikan, hasil tangkapan sesetengah kaki pancing. Teman juga pernah mendapat ikan besar, tetapi sayanganya, episod pertarungan tersebut tidak dirakamkan.







2 comments:

Anonymous said...

best gak memancing nie. masa masih sekolah dulu memang minat, sekarang dah kurang minat. ingat lagi paling best bila dapat udang @ ikan. hilang rasa penat menunggu...shhhhh jangan bising nanti ikan lari...

jenikol said...

haha... pak cu.. cakap je dalam ikan, udang, air dan laut. Dari dulu sampai skrg hobi setia aku. sssshhhhhh.... duduk diam, nanti ikan lari