CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

penerang ati

Thursday, May 13, 2010

bula


"Abang cakap betul-betul. Abang ke mana siang tadi? Abang jumpa kekasih lama abang ye?"

"Ala..abang pergi main futsal dengan kawan-kawan abang. Mana ada abang jumpa kekasih lama"

"Abang jangan bohong, abang jangan tipu saya"

"Tidak. Abang tak bohong. Abang cakap benar. Kalau Umang tak percaya, Umang boleh tanya Alex. Alex pun main futsal sama dengan abang tadi"

"Ala..abang dengan Alex tu dua kali lima aje..memang suka cakap bohong dengan isteri sendiri"

Bercakap tidak benar, walaupun ditegah sama sekali oleh mana-mana agama, tapi ramai juga yang buat. Suami berbohong pada isteri, isteri berbohong pada suami, anak-anak berbohong pada ibubapa dan sebagainya.

Jika dalam kes-kes penipuan yang berat dan melibatkan dakwaan di mahkamah, mungkin alat pengesan pembohong (lying detector) digunakan. Tapi dalam kes-kes yang kecil seperti pembohongan di antara suami isteri (seperti situasi di atas), kita tidak perlu kepada alat tersebut. Jadi, bagaimana caranya untuk mengetahui samada suami, isteri, anak, rakan atau sesiapa saja sedang bercakap tidak benar dengan kita? Mungkin kita boleh mengetahui sedikit sebanyak tentang pembohongan yang dilakukan melalui bahasa badan (body language). Ada gerak geri tertentu yang menunjukkan seseorang itu sedang bercakap bohong.

Orang yang sedang berbohong akan sentiasa cuba mengelak dari bertentang mata ketika bercakap dengan kita. Ketika kita bertanyakan soalan "Awak bohong dengan saya ye?" kepada seseorang, pandang tepat ke dalam matanya. Dia akan menafikan sambil memandang ke arah lain. Dia akan cuba mengelak daripada bertentang mata dengan kita. (Ada kawan yang memberitahu teman bahawa anak mata seseorang yang berbohong akan mengecil - ini te tidak pasti, teman akan mencari info tentang perkara ini nanti)

Bagi orang yang bijak berbohong, tentu 'eye test' ini tidak selalu berkesan kepadanya. Lain-lain gerak geri yang menunjukkan seseorang itu sedang bercakap tidak benar ialah:-
  • 'restless hand' - dia selalu menyentuh wajahnya especially hidung, menyentuh lengan, membetul-betulkan pakaian atau menjentik-jentik sesuatu
  • ill timing of gesture - gerak-geri atau bahasa badannya nampak pelik dan ganjil ataupun tidak selari dengan apa yang sedang diperkatakannya
  • increased defensiveness - orang yang didakwa berbohong akan menjadi anxious dan dia akan beria-ia dan cuba sedaya upaya mempertahankan dirinya dari dakwaan tersebut.


Satu lagi cara mengesan pembohongan seseorang ialah apabila sedang berbual-bual dengannya, kita umpan dia dengan bercakap tentang topik yang dia berbohong itu. Dia akan berasa tidak senang, airmukanya berubah dan dia cepat-cepat akan menukar topik perbualan. Kadang-kadang dia akan marah dan hilang kawalan. A person who lies will want to avoid talking about the tense subject as much as possible, so he/she will most definitely try to stay at the lighter topic and try to expand on that so that we will forget about the original issue.

Tips di atas berdasarkan pembacaan teman. Teman sendiri tidak pernah menguji keberkesanannya. Mungkin selepas ini kita boleh cuba. Apapun, bohong sebenarnya tidak baik dan ditegah sama sekali oleh mana-mana agama. Namun adakalanya kita berada dalam dilema samada untuk berkata benar atau pun terpaksa melukakan hati orang yang kita sayang. Tapi pada teman, berkatalah yang benar walaupun pahit untuk diterima kerana lebih sakit jika kita dapat tahu kemudian atau jika kita dapat tahu daripada orang lain bahawa orang yang kita sayang rupanya selama ini berbohong dan menipu kita.

Bagaimana agaknya untuk kita detect pembohongan dan penipuan yang berlaku ketika berkomunikasi melalui alam maya? Komunikasi melalui chatting di internet atau sms melalui mobile phone sudah tentu kita tidak dapat memerhati gerak geri dan bahasa badan orang yang sedang bercakap tidak benar dan menipu kita. Sesiapa yang ada idea untuk menangkap si pembohong melalui alam maya, bolehlah berkongsi dengan teman.

Berbohong, menipu atau bula dalam bahasa Ibannya bakal meruntuhkan institusi kekeluargaan lambat launya. Tiada siapa yang tahan menyaksikan dan mendengar pembohongan. Sekali-sekala mungkin dapat dimaafkan, jika diamalkan berterusan akan menjadi tabiat. Sanggupkan berbohong sampai mati? Andai ditanamkan sikap setia, jujur dan ikhlas pada pasangan masing-masing pembohongan tidak akan berlaku kerana akan wujud pula satu nilai murni yang lain, iaitu saling hormat-menghormati. Saling faham-memahami dan tiada rahsia menjadi teras kepada kebahagian rumah tangga. Apa-apa pun, terpulang kepada individu untuk memilih jalan masing-masing. Lakukan jika itu terbaik bagi anda!

0 comments: