CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

penerang ati

Wednesday, December 30, 2009

Maaf Kawan



Maaf...
Jika aku sering berlaku songsang
Maaf...
Jika aku serba kekurangan
Maaf...
Jika aku sering mencipta kebosanan
Maaf...
Jika aku sering menguji kesabaran
Maaf...
Jika aku selalu membuat kekusutan
Maaf...maaf jua
Jika aku sering membuat kalian marah

Kadang-kadang
Bila semua orang duduk, aku bangun berdiri
Pabila semua orang gembira, aku sering berduka
Bila semua orang berkerja, aku rela membuta
Pabila orang ghairah bercerita, aku buat taik mata
Bila semua orang pilih putih, aku suka hitam
Pabila semua orang meeting, aku sibuk fikir sendiri
Bila semua orang tidur, aku sibuk cari idea

Seronok tak seronok
Suka tak suka
Aku tetap berjalan sendiri
Cabaran hidup kita sangat berbeza
Alangkah indahnya kalau
Semua orang seperti aku

Mahu tak mahu
Baik atau jahat
Suka atau benci
Kita terpaksa lalui
Kita terpaksa ketemui jua
Manusia bergelar kawan...

0 comments: