CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

penerang ati

Saturday, January 2, 2010

Heppy new year

Pejam celik-pejam celik, sungguh cepat masa berlalu. Dah pun melangkah ke tahun baru. Samada sedar atau tidak kita sekarang telah melangkah ke tahun 2010. Apabila tahun berubah, yang pasti umur juga turut bertambah, dosa pasti juga bertambah. Semalam tinggal sejarah. Sejarah tidak patut dilupakan begitu sahaja. Kata orang tua-tua, tempat jatuh lagi diingat apatah lagi perkara yang berlaku di hadapan mata kita sendiri. Yang kita alami sendiri. Cubit peha kanan, peha kiri terasa jua. Namun, tidak semua perkara yang kita harus kenang-kenangkan. Sekiranya menyakitkan, eloklah dilupakan sahaja. Belajarlah daripada kesilapan tersebut. Dunia ini belum berakhir. Kita belum cukup hebat jika menang selalu, tetapi kita hebat jika mampu bangkit daripada tersungkur. Saya juga pernah jatuh, tersungkur, dibuang, tidak diguna. Namun saya berjaya bangkit membuktikan kepada mereka-mereka itu bahawa saya masih punya maruah, dan bukan mudah untuk diperlekeh. Mereka inginkan saya berlayar dulu. Nah... Sekarang tengok siapa yang berlayar... saya atau teman? Esok belum pasti... masih kabur dipandangan mata kasar.

Benar-benar cepat masa berlalu sehinggakan saya tidak sempat membuat countdown, lihat sahaja tarikh blog ini dipost. hahaha.... Namun itu tidak mengapa, yang penting kita sama-sama menuju ke satu arah. Iaitu ingin berjaya dalam hidup. Tidak kira cepat atau lambat, tidak kira apa jalan sekalipun misi kita tetap sama, iaitu inginkan kejayaan dalam hidup. Saya tiada hak untuk mengatakan teman tidak betul, dan teman tiada hak untuk menghalang saya mengejar impian saya. dunia kita berbeza. Jangan perlekeh apa yang saya lakukan kerana saya mempunyai tujuan tersendiri. Yang penting saya tidak menyusahkan teman. Yalah, siapa yang tidak inginkan yang terbaik dalam kehidupan. Tapi kita jangan lupa, kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan. Saya juga punya azam, punya misi, punya visi dan punya harapan di tahun 2010 ini. Jika masih tidak tercapai, saya akan bawa ke tahun yang akan datang. Untuk tertawa melihat saya berputus asa adalah satu kesilapan bagi teman. Saya bukanlah seorang yang mudah melatah apabila diludah.

Bagaimana dengan teman-teman? Saya percaya teman sudah mempunyai sasaran tersendiri. Seperti orang menembak, jika kita tetapkan fokus kepada satu arah sahaja, mungkin lebih mudah sasaran itu tercapai. Tidak perlu terlalu besar hati. Sederhana adalah memadai sebab kita perlu fikir kedudukan kita. Jika teman yang terbaik, silakan mendonggak awan di langit. Cukup sempurnakah kita untuk menghina orang lain? Saya dari dulu tidak pernah memandang rendah samada teman atau lawan. Malahan saya akan mengkagumi mereka jika berjaya melakukan perkara-perkara yang tidak mampu saya lakukan. Hitam putih hati teman, hanya teman yang tahu jawapanya. Tidak perlu meminta maaf jika bukan lahir dari hati yang ikhlas. Kerana teman bukan menipu saya, tetapi menipu diri sendiri.

Selamat tahun 2010

0 comments: