CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

penerang ati

Friday, January 15, 2010

Gempa Bumi







Bangunan Sekolah Ganti

Baru sahaja melangkah ke tahun 2010, seawal bulan Januari telah berlaku gempa bumi yang mengejutkan seluruh umat manusia di muka bumi ini. Gempa bumi 7.0 skala Richter telah menggegarkan bumi Haiti. Gempa tersebut dijangkakan terkuat dan terburuk sejak 200 tahun lalu. Angka kematian pula dianggarkan melebihi 100 000 orang. Terbaru, ahli politik Haiti, Senator Youri Latortue menyatakan angka kematian mungkin meningkat setinggi 500,000 orang.


Mangsa gempa di Haiti



Teman pada mulanya menganggapkan itu adalah bencana biasa. Namun setelah mendengar angka 100 000 orang itu menyebabkan teman tertarik untuk mengetahui tragedi ini dengan lebih lanjut. Teman pernah menyaksikan dengan mata kepala sendiri kesan gempa bumi di Padang, Indonesia pada tahun lepas. Teman bertuah kerana dapat menyertai misi bantuan ke tanah Sumatera Barat itu walau bantuan yang dihulurkan tidaklah seberapa. Melalui pengalaman itu, teman dapat menyaksikan sendiri kebesaran kuasa Tuhan. Tidak kira apa sekali pun agama kita, sewajarnya percaya kepada Tuhan. Kerana tidak satu pun agama di dunia ini menghalalkan perkara-perkara yang tidak baik. Baik buruk tindakan dan perbuatan pasti ada balasanya. Jika bukan hari ini, esok atau lusa, yang pasti saat itu akan tiba. Tragedi itu banyak menginsafkan teman. Mengingatkan teman agar sentiasa bertanggungjawab terhadap pengelihatan, bertanggungjawab terhadap pendengaran, bertanggungjawab terhadap hati dan perasaan dan bertanggungjawab kepada apa-apa tingkah laku teman sendiri.



Mengikut stastik, gempa yang melanda Padang, Indonesia adalah lebih kuat berbanding yang menimpa Haiti. Gempa yang berlaku di Padang berukuran 7.6 skala Richer manakala di Haiti berukuran 7 skala Richer sahaja. Namun angka kematian di Haiti lebih banyak berbanding dengan yang berlaku di Padang. Apakah puncanya? Pada pandangan teman, faktor muka bumi dan struktur binaan bangunan merupakan salah satu punca kematian yang lebih banyak di Haiti. Indonesia yang seringkali dilanda gempa bumi telah mendapat pengajaran dan telah mengalami proses revolusi dengan membina bangunan-bangunan anti gempa. Teman tidak dapat bayangkan bagaimanakah longgokan mayat seramai 100 000 orang tersebut. Bagaimana pula dengan 500 000 ? Bayangkan... Pasti ada sebab kenapa tuhan mengambil nyawa-nyawa seramai itu sekali gus. Mungkin juga sebagai pengajaran untuk kita yang masih ada.


Bangunan yang terjejas teruk di Padang

Walau siapa pun kita, harusnya berpijak di bumi yang nyata. Tiada ruang yang betul-betul selamat di bumi ini. Ajal dan maut semuanya di tangan Tuhan. Tiada yang kuat. Tiada yang pandai. Antara kita adalah lebih kurang. Jika ada di antara teman yang dikurniakan kelebihan, seelok-eloknya bersyukurlah. Gunakan kelebihan itu dengan sebaiknya. Tiada gunanya besar kepala hingga lupa diri. Tiada siapa yang boleh lari dari lubang kubur. Semua kita akan menuju ke sana, cuma tidak pasti bila masanya. Tempoh masa yang ada ini, gunakan lah sebaiknya. Berbaktilah kepada ibu bapa, teman-teman dan orang di sekeliling.


Hotel Ambachang yang mengorbankan 150 orang penginapnya




Wajah-wajah misi bantuan ke Padang

0 comments: