CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

penerang ati

Saturday, March 6, 2010

Kiruh


Adussss.... kesibukan melanda minggu ini. Namun berjaya teman tempuh dengan tenang. Semuanya berjalan dengan lancar, seperti yang dirancang. Mana tidaknya, bayangkan, semester ini teman hanya masuk kelas 4 minggu sahaja kalau dikira betul-betul. Sedangkan ini dah masuk bulan ke 3 untuk semester ini. Beginilah kehidupan teman dari dulu. Sekolah macam tak sekolah. Sesetengah yang memahami faham, yang tidak faham... lantaklah. Apa teman nak fikirkan.... fikirkanlah. Teman tak kisah. Kerana teman tidak pernah menyusahkan kalian yang bergelar teman. Teman bukan saja-saja tidak datang sekolah tapi ada banyak urusan lain, yang memerlukan khidmat teman.

Untuk minggu ini, teman telah melakukan 3 pembentangan sekali gus. Adusss.... macam nak pecah kepala. Tapi itu bukan alasan untuk teman mengeluh, kerana teman memang dibesarkan dalam kehidupan yang penuh dengan tekanan. Semakin teman tertekan, semakin lahir kepuasan apabila dapat menyelesaikan masalah itu. Benda macam ini bukanlah faktor yang boleh menyebabkan teman jadi gila. Untuk pembentangan pertama, teman telah membentangkan Aktiviti Darat. Hahaha.... semua dalam poket seluar, tak ada masalah. Aktiviti darat yang telah teman ketengahkan apabila membawa pelajar camping untuk tempoh 3 hari adalah, orienteering, ikhitiar hidup, flora dan fauna, membuat gajet dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang diisi dalam tempoh 3 hari tersebut.

Untuk pembentangan kedua, Pendidikan Luar Dan Rekreasi, teman telah membentangkan kertas kerja sukan lasak Wall Climbing. Wall Climbing merupakan sukan lasak yang agak mencabar dan sesuai untuk mebina keyakinan pelajar dan semangat kerjasama di kalangan ahli kumpulan. Dalam pembentangan ini, kembang kepis juga hidung teman apabila mendapat tepukkan gemuruh setelah selesai sesi pembentangan. Pembentangan ketiga pula, adalah untuk Kelas Sains Kehidupan. Teman tidak memainkan peranan di sini kerana tugasan berkumpulan, dan tugasan teman hanyalah untuk mencari maklumat.

Lega rasanya... bolehlah memejamkan mata seketika. Menarik nafas sedalam yang mampu. Tapi, yang pasti... teman tidak akan berehat lama. Teman tidak akan rehat sampai leka. Teman bukan jenis orang yang meraikan kejayaan dengan lama. Cukuplah setakat ini. Kerana esok masih ada. Dan yang pasti esok lebih mencabar. Semoga teman tidak tertewas.... Semoga...

0 comments: